Muhibah di Kelate, kaum cina dan Melayu bersama membuat kuih bakul di Kuala Krai. Jom ikut Abe La, Kak Siti dan Abe Ja terjah Mek Acai membuat kuih bakul ala tradisional. #kelantan #kuih #dessert
Selama ini kita tahu makan saja. Jajan zaman sekolah sehinggalah sekarang. Kerepek Ubi Pedas basah ala Johor. Kali ni Abe La guna tiket Senok Perut untuk terjah Kilang Ubi Pedas terbesar di Johor, Salleh Food di Batu Pahat Johor. #johor #kerepek #dessert
Dah tiba musim kelubu di Kelantan. Sedap dooh makan dengan colek budu gula. Abe La singgah Kaley Pokwa Perasu semalam lepas balik Cameron, sebab Kak Lah Yah Satu jual rupanya. Jom tengok cara buat dan makan. #colek #kelantan #budu
Dua benda Abe La bangga dengan kedai ni di Kajang. Satu resepi nasi kerabu dia sebijik rasa orang kampung-kampung di Kelate, kedua dua-dua anak Laloh Kuala Krai. Jengok Dapor kalini kita terjah central kitchen Kak Farhana semasa dia buat nasi kerabu ayam bakar dia yang sohor di Kajang. Lokasi : Farhanah Catering Kajang Selangor #nasikerabu #selangor
Tiap kali food festival memang akan cari ayam goreng ini. Alhamdulillah trip ke Johor kali ni Abe La berjaya terjah Abang Muiz sendiri, korek rahsia usahawan muda ada 200 cawangan ayam goreng seluruh Malaysia. #ayamgoreng #johor
Rahsia terungkai. Ini sebabnya Teh Tarik di sini guna 15 serbuk teh berbeza. Abe La terjah pembuatan Teh Tarik Madu Arwah Pak Mat Pulau Pisang jalan PCB Kota Bharu. #kelantan #tehtarik #dessert
Join The Trend tapi kita punya TERBALIK KUWANG. Trend terbaru di socmed sekarang... Lagu Rahsia tuhan sambil listkan result UPSR,PMR, SPM, UNI Hingga Pekerjaan sekaranng. Menarik konten gini sebab dia tunjukkan realiti hidup tak seperti kita plan. Yang bestnya rata- rata bermula biasa-biasa dan berakhir dengan menjadi orang berjaya. Konten begini sangat empowering/refreshing sebab memberikan harapan kepada orang ramai untuk tidak give-up. Terutama di kalangan anak GENZ dan GENY ini yang berdarah panas...sikit-sikit stress sokmo. Dalam isu ini Abe La nak selit bab pendidikan...edukasi dan content creation/Influencing Dalam satu kajian,hampir separuh pelajar lepasan SPM memilih untuk tidak sambung belajar – iaitu seramai 180,680 orang atau 48.74% lepasan SPM (Joe Pengkalan,May 24 2023). Ada satu Kes pula hampir satu Kelas dapat markah Kosong sebab nak jadi infleuncer (Kredit Vocket/AMAR January 27). Minat semakin kurang untuk masuk universiti/kolej/belajar sebab ramai nak terus buat akaun socmed dan menjadi Pempengaruh, founder produk viral, utuber, instafamous.semua kerja/title ini dapat disatukan dalam satu kerja hakiki..iaitu Content Creation. Apa itu Content Creator ni.,, jawapan dia manusia yang menghasilkan bahan digital untuk tatapan umum dan memberikan impak/pengaruh kepada penonton. Jika ada orang terpengaruh dengan konten anda, contohnya beli produk atau pergi ke tempat anda review, atau ikut tips anda. ANDA DAH JADI SEORANG INFLUENCER.. pempengaruh.. Jadi dalam penulisan ini Abe La nak FOKUS EDUCATION DAN CONTENT CREATION sahaja.. Realitinya... Setiap keputusan dalam dunia Conten Creation ini perlukan decision making yang segera dan tepat..silap langkah terus kena CANCEL. Dengan dunia sekarang yang senang sangat kena WITCH HUNT..Tersilap buat konten kena mass report/ kena kecam sampai d*press/anxiety..income tersekat dan hilang sekelip mata. DENGAN EDUCATION/ILMU YANG CUKUP (Merujuk kepada semua usaha mendapatkan ilmu dengan Institusi berdaftar, universiti, sekolah, Kelas,tutorial, seminar, coaching. TIDAK FOKUS PADA PENCAPAIAN AKADEMIK SEMATA) Seorang conten creator itu... 1. Akan Cakna dengan sensitiviti setempat. Tidak hasilkan konten yang menyinggung perasaan umum. Diterima ramai. 2. Akan menghasilkan konten yang benilai/ada Value/beradab. Konten yang memberikan impak kepada orang sekeliling dan pembaca. 3. Akan tenang dan berhemah menghadapi kecaman dan usaha menjatuhkan anda. Tidak cepat melatah dan rational bertindak. 4. Akan ada EXIT PLAN/EXPAND apabila pola penerimaan Conten Creation anda telah sampai puncak/menurun. 4. Pandai Convert follower kepada client/cipta satu business untuk pendatan PASIF/jangka masa panjang. 5. Pandai MONETIZE, atau menghasilkan wang ringgit cara yang betul menggunakan platform sosial media. 6. Pandai menguruskan Kewangan, tidak terpedaya dengan barangan Mewah untuk dipandang berjaya.(ramai influencer succumb dengan ini) 7. Boleh delegate kerja untuk fokus kepada kehidupan. Pandai set-boundary di antara konten dan kehidupan. Tidak burn out dengan konten.Tahu bila kena berehat dan tekan gear. 8. Boleh Bina team yang proaktif dan progressive, Kerja sistematik dan professional. Bagi Abe La sendiri.. disebabkan dikelilingi oleh kawan/keluarga/viewer/anda semua yang Educated dan professional pelbagai bidang, ada PERASAAN MALU untuk menghasilkan konten yang tiada nilai kepada masyarakat... Jadi kita di Senok Perut akan berusaha untuk menghasilkam konten berinformasi dan menghiburkan dalam masa yang sama. #digital #content #creator #rahsiatuhan
Nasi Kerbau lemak bakar terhealing di Kelate. Dalam Kelapa sawit di Felda Perasu Gua Musang. Lalu Gua Musang kena cuba guys. Kak Lah Yahh satu rupanya owner dia, mesti best video ni dengar Kak Lah kecek random😅 Lokasi : Kale Pok Wa Felda Perasu Gua Musang . #kelantan #nasikerabu #dagingbakar
Mama Tini pun terkejut dengan Agro Market. Dah 40 tahun Mama tak datang Cameron, akhirnya Abe La berjaya ajak dia datang🤣 jom ikut kami terjah Agro Market sambil berbual shopping sayur. Jangan marah deh konten santai-santai gini kena ada sekali sekala. #cameronhighlands #strawberry #dessert
Cara sebenar makan Ikan Bakar Tawar di Kelate. Menu yang terkenal di tepi pantai di Kelate. Makan berebut dengan budu dan poyok. Nikmatnya makane Kelate . Lokasi : Ikan Bakar Mok Lah , Pantai Senok . #kelantan #ikanbakar #budu
Antara Khazanah bumi paling berharga di Kelantan. Ramai orang tak tahu di Jeli terdapat permata Kecubung atau Amethyst. Jom ikut Abe La terjah PJoe dan Tok Ayoh Hassan, antara orang terawal meneroka permata di kawasan Terengganu dan Kelantan. Satu konten paling unil Abe La pernah buat. #kelantan #travel
Di sebabkan dua tiga hari ni panas macam kemarau dah di Kelate. air sungai pun mula menghijau. Jadi Abe La pun teruslah cari tempat healing. Sambil makan asam boi meme best. Cuti sekolah ni boleh cuba. #healing #kelantan #travel
Kedai yang muncul pada musim Banjir saja. Ramai orang ternanti-nanti Kedai Kak Laila di Jalan Halimah Kuala Krai. Uni Tonyoh paling fresh Abe La pernah makan, dan ada ubi tokol sambal bilis juga sekarang . Yang Lalu Kuala Krai wajjb try menu ni sekali setahun sahaja. #kelantan #kuih #putuhalba
Musim paling Abe La nantikan. Selepas musim banjir, sungai sebelah hulu Kelantan Khususnya Jeli akan jadi sangat indah, hijau kebiruan memang terpegun. Antaranya Sungai Belimbing di Batu Melintang Jeli. Selepas beli makanan di Pasar Ayer Lanas , Abe La healing makan dalam air di sini. #travel #kelantan #healing
Terkejut sebab tiada budu pun dalam ikam ni. Satu lagi makanan yang hanya ada pada Musim Banjir, hanya di Kelantan. Mana yang datang kelantan cuti ni wajib cuba Ikan Budu. Jok kita tengok pembuatan Ikan Budu dengan Kak Yah Budu Paye di Geting Tumpat. #kelantan #ikan #laukkampung #foodexploration
Terkejut dengan nama dia. Rupanya tiada ibu harimau terlibat deh🤗 Herba kampung yang ramai tak tahu khasiat dia sangat banyak. Antara kulat termahal di Malaysia, ada dalam hutan. Jom ikut Abe La cari dan proses kulat susu rimau bersama Kak Lah, Azilah Herba Kampung di Perasu Gua Musang. #kelantan #foodexploration #tradisional
Selama ini tak tahu pun sebenarnya cara buat dia. Kuih Batang buruk orginal Johor. Bukan guna nestum yer. Jom ikut Abe La terjah kilang pembuatan di Batu Pahat Johor. lokasi : Salleh Food . #johor #kerepek #dessert
Ramai ada masalah ini bila pergi Cameron Highlands tak tahu nak beli apa. Senang jer Abe La listkan dan bagi detail terus produk apa kena beli bila pergi cuti Sekolah di Cameron Highlands. #camerinhighlands #dessert #strawberry
Tarikan terbaru di Cameron Highlands guys. Centrum Night Market baru saja buka, tema arabic Tent buka setiap hari sampai malam. Abe La terjah semua gerai dia supaya senang cuti sekolah ni nak pergi . #cameronhighland #streetfood #bakso #dessert
Resepi Sambal Garam Gula. Mama Tini kata sambal ini memang wajib ada dalam keluarga dia. Makan dengan gulai kuning meme jadi. Pastu mama ajar juga cara Basuh Beras ala famili dia. #resepi #kelantan #sambal